emm...serius skt perbincangan ni...tp bg eida lbh baik dptkan pandangan org yg ahli dlm bidang nie.
bukan mudah nak mentafsir atau menterjemahkan waima sepotong ayat pun dr Al-Quran klu tidak kene cara n tertibnya.
Bagi Al fatihah yg dimaksudkan sebagai ummul Kitab atau Ibu Quran kerana disusun mengikut susun atur yg telah dirancang oleh Saidina Uthman kerana ingin meyeragamkan format penulisan Al-quran kerana bimbang ramai hafiz2 meninggal sewaktu perang dan demi menjamin mushaf al-quran terus terpelihara dan dgn tujuan umat Islam bersatu bawah satu mushaf al quran yg kita kenali sebagi Mushaf Resm Uthmani
Al Fatihah-dipanggil Ummul Quran,kerana mengikut rasm uthmani surah yg pertama permulaan al quran.Ia juga merupakan bacaan wajib dlm solat dan tidak sah solat sekiranya tidak membaca fatihah atau silap membaca.
Al fatihah lengkap mengandungi aspek rububiyah dan Illahiyah-ketuhanan dan keEsaan.menyentuh aspek keimanan dan juga sifat2 Allah.Ia juga mengandungi doa perlindungan dan memohon utk ditunjukkan jalan yg lurus dan diredhai Allah.
Tapi Ummul Kitab sahaja tidak ckp penjelasan dgn detail akan pelaksanaan serta cara kerja tampa sokongan dari penerangan hadis,sunnah dan seluruh ayat 2 Al-Quran yg lain.Oleh kerana itu Rasullullah pernah bersabda antara lain maksudnya,Sesungguhnya ku tinggalkan dua perkara yg sekiranya kamu berpegang teguh padanya maka tidak akan sesat kamu selama-lamanya.Rasulullah ditanya apakah dua perkara itu maka dijawab oleh rasullullah ,Al Quran dan Sunnah.Wallahua'lam bissawab..
Jadi kita kene la pegang janji rasulullah saw ini Al-Quran dan Sunnah.Sunnah adalah amalan,perbuatan dll yg dilakukan oleh rasulullah termasuk diamnya.Allah mengetahui bahawa kita hambaNya perlu ditunjukkan dgn tata cara dan praktikal berdasarkan kitab yg telah diturunkan maka diturunkan al-quran secara beransur-ansur kepada rasulullah.Selain Al-Quran dan Sunnah,hadith dan ijtihad ulamak jugak penting utk mendisiplinkan dan memperincikan setiap intipati Al-Quran dan sunnah.
Mempelajari agama dan al-quran ada peringkat2 mengikut daya kefahaman masing2.Sebagai cth kita x boleh suruh sorg anak yg x penah mengenal huruf terus membaca al-quran..Prosesnya adalah pengenalan huruf dan bunyi,pembacaan,pembacaan bertajwid,pembacaan bertaranum,menghafaz,memahami pengertian/tafsiran dan seterusnya yg paling tinggi mentafsir Al-quran.tp ini juga bergantung kepada keilmuan dan kefahaman yg betul bukan mengikut semata tanpa rujukan hadis,ijmak ulama yg sahih dan mutakhir.Ulamak merupakan 'pewaris' nabi2.
Jadi perkara pokok yg kita perlu tau ambil lah keseluruhan bukan sebahagian.Al-quran dan sunnah tali pegangan kita,lengkapi ngan hadis sahih dan hiasi dengan ijmak dan ijtihad ulamak.Selain itu berguru la dgn org yg ahli...insyaallah kita akan berjaya dunia akhirat...
Jadi pd pendapat sy x perlu lah hanya kerajaan war-warkan rencana itu dan ini klu pembentukan spiritual dan jati diri tidak dibentuk dari rumah lg.
Segala yg benar dr Allah,klu de salah silap kelemahan dr diri sy sendiri yg serba kekurangan ilmu.Jom kita rujuk ngan ustaz n ustazah kat forum ni atau kat mana2 pun...