Home­FAQ­Search­Memberlist­Usergroups­Register­Log in
Top posters
sally_eiyna
 
fsyukri
 
azwin
 
lina_nuar
 
luvly e'in
 
papamia
 
eira ariyana
 
ezaino
 
halytobe
 
ninarahim
 
Latest topics
» FOR SALE APPLE IPHONE 3GS 32GB FOR JUST $320USD
Today at 12:58 am by baale101

» BB CREAM,EMC,DODO, GLOWZ, KB,CYLIENA SOAP, AMPOULES, BWHITE, CCPP, GLUTAWHITE DLL
Today at 12:34 am by fzatulakmal

» SHAPE PLUS ~ BOLE TURUN BERAT TANPA PERLU REPLACE MEAL- LIHAT TESTI AKAK!!! PRODUK BARU~!FIGURE UP~HANYA 3 HARI BOLE TURUN 1 KG !!..BANYAK TESTI!!! INSYAALLAH
Yesterday at 6:44 pm by norsh05

» KUTU PRC BATCH 3 >>pembayaran bulan JULAI bermula dari 23 Julai- 3 Ogos<<
Yesterday at 6:13 pm by fsyukri

» mulakan dengan saya...
Yesterday at 6:12 pm by fsyukri

» ~SALE!SALE! COCOA COLLAGEN POWER PLUS!! DETOX FOOT PATCH~STOO TEY CAFE~JM5~LEMONDRINK..SYAMPU NONI BSY.....LAST PAGE!~.
Yesterday at 2:41 pm by aziemnz

» COCOA COLLAGEN POWERRR PLUS @ SALLESS~ JOM REMBATT!!
Yesterday at 2:39 pm by aziemnz

» Vimax Herbs, Inginkan Teknik Bersetubuh Malam Pertama Yang Terhangat
Yesterday at 1:05 pm by lelaki idaman

» Libido gel, Teknik Untuk Tahan Lama Malam Pertama
Yesterday at 12:58 pm by lelaki idaman

PRC di Facebook!
Free Image Hosting
Free Image Hosting
Free Image Hosting


Post new topic   Reply to topicShare | 
 

 SILAP LANGKAH

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
najz
Enterpreneur
Enterpreneur


Number of posts: 861
Age: 39
Location: selangor
Registration date: 20/05/2008

PostSubject: SILAP LANGKAH   Fri 18 Jul 2008, 6:07 pm

Ok, kali ini nak cerita sedikit perihal ekonomi negara kita. Sejak kebelakangan ini, saya melihat dan berpendapat, kerjaan telah banyak mengambil langkah yang silap di dalam menguruskan dan menjaga ekonomi negara.

1) Kenaikan harga minyak secara mendadak.

Hasil menonton perdebatan minyak antara Dato Seri Anwar dengan Datuk Ahmad Shabery Cheek yang ditayangkan di TV9 semalam, saya percaya, harga minyak sebenarnya boleh dinaikkan secara peringkat demi peringkat dan bukannya secara mendadak. Seperti pengurusan kewangan peribadi, kerajaan juga mempunyai dana kecemasannya. Jadi, pada waktu-waktu begini, apa salahnya menggunakan dana kecemasan tersebut “sedikit” (bukan semua) untuk membolehkan kenaikan harga minyak dilakukan secara peringkat demi peringkat. Isu yang ingin ditekankan disini ialah mengapa harga minyak dinaikan secara mendadak? Mengapa tidak dinaikan secara berperingkat? BUKANnya tak kasi langsung naik harga minyak..

Satu perkara yang saya kira agak lucu yang diperkatakan oleh Datuk Ahmad Shabery Cheek semalam ialah, berkenaan “menaikan harga minyak untuk mengurangkan kadar inflasi”. Aduh! Macam Datuk Seri Anwar kata.. “teori ekonomi mana diorang pakai nie?”.. minyak adalah keperluan asas.. jika minyak naik.. maka inflasi akan turut naik.

Konon-kononnya, duit yang tidak digunakan untuk subsidi minyak itu akan digunakan untuk subsidi makanan, subsidi pada makanan? Saya tidak nampak.. yang saya nampak, beras tempatan sudah tidak ada di pasaraya , yang ada hanya beras import yang lebih mahal. Inikah yang dikatakan subsidi makanan?

Menteri-menteri tak pernah beli ikan mahupun beras di pasar.. jadi, mereka tidak nampak realiti sebenar. Kononnya kadar inflasi negara hanya 6%, hakikatnya.. ia lebih dari itu. Jika nasi lemak dulu RM1.50 sekarang sudah RM2.00 , ianya 30%.. bukannya 6%..

Ringkasnya, menaikkan harga minyak secara mendadak adalah satu kesilapan yang dilakukan oleh kerajaan.

2) Cadangan 2 gaji sebulan

Ini adalah cadangan yang paling bo*tut* yang pernah saya dengar dikeluarkan oleh pak menteri.. dengan kenaikan kadar inflasi yang mendadak secara tiba-tiba (berpunca dari kenaikan harga minyak) , rakyat perlukan lebih banyak WANG untuk menyara sara hidup, bukannya lebih KERAP. Bayaran gaji 2 kali sebulan hanya akan lebih mengkucar-kacirkan pengurusan kewangan keluarga. Nasib baik idea bo”tut” ini tidak menjadi.

3) Memanjangkan tempoh pinjaman perumahan.

Pihak kerajaan telah berbincang dengan pihak bank, agar kadar bayaran bulanan pinjaman perumahan dapat dikurangkan, dengan cara, memanjangkan tempoh bayaran balik pinjaman. Fuh! memang satu lagi langkah silap dilakukan oleh kerajaan. Kadang-kadang saya tertanya, siapakah penasihat ekonomi negara dan mengapa beliau ini terlalu “bo*tut*” kewangan. Ini adalah perkara basic dalam pengurusan hutang. Memanjangkan lagi tempoh pinjaman, sebenarnya akan menyebabkan jumlah hutang itu bertambah banyak (walaupun bayaran bulanan kurang, kurang sikit je.. bukan banyak pun!),.

Jika beli rumah RM100,00 , dan bayar semula dalam masa 20 tahun, anda perlu bayar RM220,000 untuk langsaikan hutang tersebut. Tetapi jika tempoh permbayaran tersebut dilanjutkan sehingga 30 tahun, bermakna anda perlu bayar sebanyak RM280,000 untuk melangsaikan hutang rumah itu (kiraan berdasarkan kadar interest 6%). Jadi, dimananya yang kurang? ianya hanya akan menyebabkan rakyat lebih terperangkap dalam hutang dan seterusnya akan menyebabkan ekonomi rakyat terus merana. Sekaligus merencat pertumbuhan ekonomi negara.
Hmm.. entahla.. apa nak jadi pun tak tahula.. rosak negara macam nie..
Back to top Go down
View user profile
mamzie
Mod PR
Mod PR


Number of posts: 1497
Age: 42
Location: Kuantan,Pahang.
Registration date: 10/05/2008

PostSubject: Re: SILAP LANGKAH   Fri 18 Jul 2008, 8:45 pm

segalanya bermula dgn kakitangan kerajaan tak diberi bonus tahun lepas...namun begitu ada sesetengah pihak mendapat bonus 3 bulan gaji....dimana adilnya disini....bersambung anak sekolah perlu banyak wang utk dibelanjakan....kenaikkan harga barang yang dikatakan boleh dikawal...kenaikkan minyak tahap kronik terus rakyat.....dan yang pastinya tahun ni mungkin tiada kenaikkan gaji dan harga barang semakin meningkat dan ini mencengkam rakyat....

walaupun tempoh pembayaran rumah dipanjangkan namun harga rumah tetap meningkat so makin ramai rakyat yang berpendapatan rendah masih tak mampu memiliki rumah....tak tau ape nak jadi dgn negara kita sekarang....

bukan nak marah...tapi kami rakyat malaysia amat kecewa dengan keadaan sekarang.....keadaan sekarang lbh teruk dari masa george soros memanipulasikan ekonomi seluruh negara.....at least kita boleh salahkan si soros tu....

harap pak2 menteri kita bila masuk dewan rakyat tak berbalah hal yang remeh temeh....saling tuding menuding....berpakat bersama2 cari jalan bagaimana nak mengatasi kemelut yang ada sekarang...
Back to top Go down
View user profile http://mamzie.fotopages.com
muslim2u
Regular Customer
Regular Customer


Number of posts: 240
Age: 32
Registration date: 22/06/2008

PostSubject: Re: SILAP LANGKAH   Thu 24 Jul 2008, 11:34 am

best ar pendapat n komentar k.najz nih..cam pakar ekonomi lak..( ari ni baru ade kesempatan nk membaca2 posting2 nih..ngular ar bos tak de..ahaks) ...tp betol la..kite pon berpendapat sama ngan k.najz..mmg depa ni kena p sekolah blajaq ekonomi semula la kott...klu dulu blajaq pengajian agama n sastera jek, camna nk urus tadbir ekonimi lak kan.. Laughing
Back to top Go down
View user profile http://muslim2u.fotopages.com/
Am
Newbie
Newbie


Number of posts: 17
Age: 24
Location: Kuala Lumpur
Registration date: 23/01/2009

PostSubject: Re: SILAP LANGKAH   Thu 29 Jan 2009, 2:55 pm

skarang harga gula dh naik
mak aiihh!!
Back to top Go down
View user profile
andika
Newbie
Newbie


Number of posts: 6
Age: 40
Registration date: 02/02/2010

PostSubject: Re: SILAP LANGKAH   Tue 02 Feb 2010, 11:09 pm

dengar khabar .... minyak akan naik juga bulan 5 nanti ........
Back to top Go down
View user profile
 

SILAP LANGKAH

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions of this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pekanrabu :: Gossip talk & isu semasa-
Post new topic   Reply to topic